CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 24, 2012

Rasulullah menangis doakan keselamatan umat Islam

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian 2012/05/23 FIRMAN Allah SWT yang maksudnya: "Aku tidak berupaya untuk melakukan apa saja yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada-Mu, wahai Tuhanku." (Surah Al-Maidah, ayat 118) Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa pada satu malam, Rasulullah SAW bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini saja iaitu firman Allah yang bermaksud: “...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah, ayat 118). Sepanjang malam itu Rasulullah SAW hanya membaca ayat ini saja pada setiap rakaat sembahyangnya. Diriwayatkan Nabi SAW membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini. Aku tidak berupaya untuk melakukan apa saja yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada-Mu, wahai Tuhanku. - Surah al-Maidah, Ayat 118 Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As, bahawa Rasulullah SAW membaca ayat ini dan setelah selesai sembahyang dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, “Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku...” Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan Malaikat Jibrail. Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati dengan umatnya sekali gus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa sayang kepada anaknya. Ibu bapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini saja. Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi SAW sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu. Berdoa sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam dan berdoa sambil mengadu apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan Malaikat Jibrail. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad. Bagaimanapun, Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam diri Nabi SAW tetapi Allah tetap mengutuskan Malaikat Jibrail untuk bertanyakan perkara itu. Rasulullah SAW memberitahu kepadanya, Baginda mengadu kepada Allah berkenaan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat. Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami reda kepadamu dan umatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu.” Diriwayatkan dalam satu hadis lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70,000 di kalangan umatku masuk syurga dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70,000 ini diikuti oleh 70,000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab.” Diberi syafaat oleh 70,000 orang ini disamping syafaat Nabi SAW yang diberikan kepada umatnya. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat Muhammad. Dengan syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi SAW seperti disabdakan Baginda yang bermaksud, “peganglah dengan gigi geraham kamu”. Ajaran Rasulullah SAW itu bukan saja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak. Tidak undur walaupun sedikit daripada ajaran Nabi SAW. Jika seseorang itu mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah SAW serta mendapat rahmat yang diberi Allah kepada umat Muhammad SAW. Sumber: Laman web Masjid Negara

Thursday, May 17, 2012

Kahwin muda itu adalah terbaik dan terindah

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu -solat apabila telah masuk waktunya, -jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi) Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu. 1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran? Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan? 2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja? Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa. Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32) 3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan? Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun. Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah -seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, -seorang penulis yang selalu memberi penawar dan -seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani) 4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin? -Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. -Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. -Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman. Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad) 5. Bersediakah saya untuk kahwin awal? Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. -Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? -Bertanggungjawab sudahkah saya? -Adakah saya panas baran atau penyabar? -Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya. 6. Macam mana dengan restu ibu bapa? Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat. Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa) Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah. Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim) sumber:Cinta Atas Cinta (personal Blog)

Selamat Hari Guru..

assalamuaikum w.b.t..pa kabar semua?lama aku ndak update blog ku ni dengan tulisan sendiri..wakaka..entri kali ni berkenaan dengan 16 mei bersamaan hari guru..hehe..teringat balik pengalaman menjadi warga pendidik suatu ketika dulu..ceh..padahal baru tahun lepas bha.haha..aku sangat merindui saatII itu..haha..pengalaman mengajar,pengalaman menyanyi lagu 'guru Malaysia' dan lainII..hehe..memang best la detik dulu tu..sekolah tempat aku mengajar dulu ialah SK ST PETER BUNDU,KUALA PENYU(3 BULAN) dan SMK ST PETER BUNDU,KUALA PENYU(2 MINGGU)..tapi pengalaman ku lebih banyak di SK ST PETER BUNDU..hehe..3 bulan tu..apaII pun,sekarang aku bergelar STUDENT!..haha..namun masih juga ada muridII ku yg masih ingat sama aku,terharu aku..betul ni,ndak tipu..hehe..terima kasih la semua..kih3x..yang penting,aku sudah diberikan kesempatan menjadi warga pendidik walaupun mungkin ndak dapat mereliasasikan citaII ku untuk bergelar GURU..hehe..di sini,aku sertakan picII kenanganII aku dulu sewaktu bergelar CIKGU..jum tatap reramai..hehe.. sewaktu menyanyikan lagu 'guru Malaysia'.hehe
candid 1 sijil ku..hehe
antara hadiahII ku..hehe lagi hadiah dari muridIIku
comel kan aku?haha
candid 2
aku beraksi..haha candid 3
makanII time
sekian dari aku..hehe..harap anda terhibur ya..take care p/s: MAU EXAM SUDAH NI..HEHE

Wednesday, May 16, 2012

Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin

Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin 2012/05/16 KUALA KANGSAR: Guru berinovasi adalah guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. "Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringat kebangsaan bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. "Keutamaan guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata," katanya. "Guru berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir," katanya. Muhyiddin berkata, guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar juga adalah guru berinovasi. "Guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata," katanya. Sekiranya semua guru di negara ini adalah guru inovasi, Muhyiddin yakin matlamat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan akan tercapai. Katanya, bagi memantapkan budaya inovasi di sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan murid. Muhyiddin berkata, menerusi pelan ini, sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. "Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif diharap akan digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk berinovasi," katanya. Beliau berkata, kerjasama kementerian dengan Agensi Inovasi Malaysia untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui Program i-Think juga adalah pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan pena'akulan di kalangan murid. "Program ini sudah dirintis di 10 sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran," katanya. Pada sambutan itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan kepada Datuk Omar Mohd Hashim serta Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan kepada Datuk Hassan Harun. Sementara itu, empat bekas pendidik pula menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2012 iaitu Datuk Ahmad Azmey Abu Talib, Datuk Mary Yap Kain Ching, Mohd Azman Abdul Rashid dan Lim Ia Lee @ Lim Irene. - BERNAMA

Tuesday, May 1, 2012

7 Sunnah untuk diamalkan setiap hari

7 Sunnah untuk diamalkan setiap hari Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah: 1. Tahajjud Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 3. Jangan tinggalkan masjid Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 4. Jaga solat dhuha Kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 5. Jaga sedekah setiap hari Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari. 6. Jaga wuduk terus menerus Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”. 7. Amalkan istighfar setiap saat Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.