CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 12, 2012

United Rampas Tangga Teratas Daripada City

GLORY2 MAN UTD!hehe..MAN UTD menang!hehe...macam man city?give up la kmu bha..haha



JUARA bertahan, Manchester United merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City selepas mereka berjaya menewaskan West Brom 2-0 di Old Trafford, malam tadi tatkala City pula dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Swansea di tempat lawan.

Dengan saingan hanya berbaki 10 perlawanan, United kini mengumpul 67 mata, City 66 mata, dan Tottenham 53 mata untuk tiga tempat teratas.

Di Old Trafford, kemenangan United terhasil menerusi dua jaringan Wayne Rooney – tandukan pada minit ke-35 dan sepakan penalti minit ke-71 dengan West Brom terpaksa beraksi 10 pemain selepas Jonas Olsson dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-66.

“Ia satu persembahan yang hebat. Ia mengambil sedikit masa untuk kami mendapatkan rentak permainan tetapi apabila sudah dapat, kami beraksi dengan cukup baik. Sedikit bimbang ketika mendahului 1-0 kerana jika gagal mendapatkan gol kedua, ia pasti memberi tekanan kepada kami.

“Mujur kami berjaya mendapatkan gol kedua tetapi selepas itu mempersiakan banyak peluang terbuka. Apa yang penting, kami dapat meneruskan rentak kemenangan,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Sementara itu, di Stadium Liberty, Wales, tuan rumah Swansea berjaya mencipta kejutan meraih tiga mata penuh ke atas City hasil jaringan Luke Moore pada minit ke-83 meskipun sepakan penalti Scott Sinclair seawal minit ketujuh berjaya diselamatkan Joe Hart.

“Kekalahan ini belum memberi kesan kritikal kepada kami kerana kejuaraan liga hanya akan ditentukan pada baki tiga perlawanan terakhir. Kami berada di tangga teratas selama enam bulan. Tapi malam ini United berdepan lawan mudah dan kami hanya ketinggalan satu mata.

“Kami sudah mengetahui perkara ini boleh berlaku,” kata pengurus City, Roberto Mancini yang menganggap kunjungan United ke Stadium Etihad pada 30 April depan bakal menjadi detik penting arah tuju kejuaraan liga musim ini.

0 comments: