CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 26, 2012

petanda jodoh kita?


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Read more: http://www.notainfo.com/2012/03/10-petanda-gfbf-anda-adalah-jodoh-anda.html#ixzz1qD82SWvc

Monday, March 19, 2012

baucer 1 malaysiaku

baucer 1 malaysia:inilah antara pulangannya..haha

assalamuaikum semua..lma aku tidak meng-up-date blog kesayangan aku ni..hehe..apa kabar kalian?harap2 kalian sihat2 aja..entri kali ini berkenaan baucer 1 malaysia ku..hehe..rm200 geng..mula2 ndak taw mw beli apa..hehe..misi aku membeli barangan menggunakan baucer 1 malaysia berlaku secara 2 peringkat..rm100 untuk misi pertama,rm100 g untuk misi kedua..haha..misi pertama aku hanya membeli barang2 yg kurang aku maw beli tapi aku mengetest jg..haha..akibatnya aku terpaksa menambah duit sendiri..haha.
itulah akibatnya tidak menggunakan akal..haha..tapi untuk pembelian kali ke 2,aku berjaya memanipulasikan baucer rm100 tanpa perlu mengeluarkan sesen duitku..haha..mau beli buku pelajaran,bukan smua kedai buku boleh terima baucer ni..kedai buku yg terima,bnyk sudah buku2 abis..haha..jadi,aku menggunakan kepakaran ku untuk membeli barang2 yg aku kirakan penting.wakaka..walaupun barang2 yg telah aku tebus ni dikatakan tidak memberi impak yg maksima kpd proses pembelajaran ku,tapi rugi owh kalau baucer ni tidak digunakan kan3..haha..rm200 2..hehe..jimat jg baget mau beli barang2 yg menjadi idaman kalbu..haha..ok la,harap kalian terhibur dengan entri aku kali ini..haha..


kasut futsal ku..baru kena kasi beli oleh beliau..hehe

ni la kasut futsal ku..beliau kasi beli..tq2..mulanya aku maw adidas putih+purple tapi teda saiz ku..terima jak la..haha..

Monday, March 12, 2012

United Rampas Tangga Teratas Daripada City

GLORY2 MAN UTD!hehe..MAN UTD menang!hehe...macam man city?give up la kmu bha..haha



JUARA bertahan, Manchester United merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City selepas mereka berjaya menewaskan West Brom 2-0 di Old Trafford, malam tadi tatkala City pula dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Swansea di tempat lawan.

Dengan saingan hanya berbaki 10 perlawanan, United kini mengumpul 67 mata, City 66 mata, dan Tottenham 53 mata untuk tiga tempat teratas.

Di Old Trafford, kemenangan United terhasil menerusi dua jaringan Wayne Rooney – tandukan pada minit ke-35 dan sepakan penalti minit ke-71 dengan West Brom terpaksa beraksi 10 pemain selepas Jonas Olsson dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-66.

“Ia satu persembahan yang hebat. Ia mengambil sedikit masa untuk kami mendapatkan rentak permainan tetapi apabila sudah dapat, kami beraksi dengan cukup baik. Sedikit bimbang ketika mendahului 1-0 kerana jika gagal mendapatkan gol kedua, ia pasti memberi tekanan kepada kami.

“Mujur kami berjaya mendapatkan gol kedua tetapi selepas itu mempersiakan banyak peluang terbuka. Apa yang penting, kami dapat meneruskan rentak kemenangan,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Sementara itu, di Stadium Liberty, Wales, tuan rumah Swansea berjaya mencipta kejutan meraih tiga mata penuh ke atas City hasil jaringan Luke Moore pada minit ke-83 meskipun sepakan penalti Scott Sinclair seawal minit ketujuh berjaya diselamatkan Joe Hart.

“Kekalahan ini belum memberi kesan kritikal kepada kami kerana kejuaraan liga hanya akan ditentukan pada baki tiga perlawanan terakhir. Kami berada di tangga teratas selama enam bulan. Tapi malam ini United berdepan lawan mudah dan kami hanya ketinggalan satu mata.

“Kami sudah mengetahui perkara ini boleh berlaku,” kata pengurus City, Roberto Mancini yang menganggap kunjungan United ke Stadium Etihad pada 30 April depan bakal menjadi detik penting arah tuju kejuaraan liga musim ini.

Friday, March 9, 2012

Gambar Terbaru Radhi OAG Selepas Pemulihan Dadah

copy&paste dari http://jomss.blogspot.com

16.jun.2011


Selamat kembali Radhi OAG!

Setelah 5 bulan menjalani pemulihan dadah di PENGASIH, kini Radhi OAG tampil lebih kemas dan positif. Radhi akan kembali membuat persembahan bersama kumpulan barunya, Outlet yang juga terdiri dari rakan-rakannya di PENGASIH.

Radhi juga telah berhenti merokok sejak 3 minggu lalu dan mendapat idea hasilkan lagu bertajuk "Aku Perokok Bodoh" .

Lagu kedua yang dihasilkan adalah lagu Tears Spark Street yang mengisahkan tentang dunia luarnya dalam penagihan.

"Ini merupakan persembahan saya yang pertama sejak menjalani pemulihan di sini. Saya akan membawakan konsep berlainan dengan mengubah rentak lagu dan cara nyanyian.

"Saya akan menyanyikan lagu lama daripada kumpulan OAG dan lagu baru yang dicipta di sini dua minggu lalu," katanya dalam satu sidang media di Rumah Pengasih, di sini, Rabu.

"Selepas ini saya akan menyanyikan lagu bermesej positif dan saya berharap peminat dan keluarga dapat memberikan sokongan terhadap kami," ujarnya.

sumber : mStar Online

Kami doakan semoga Radhi dapat menjalani hidup barunya dengan tabah.

Read more: http://jomss.blogspot.com/2011/06/gambar-terbaru-radhi-oag-selepas.html#ixzz1odSvHYoY


p/s:Radhi OAG..salute u..

Thursday, March 8, 2012

smk kota klias,beaufort tersenarai dalam 14 sekolah di sabah yg mencatatkan 100% lulus dalam STPM 2011

sumber BERITA HARIAN(SABAH). 8/3/2012


assalamuaikum w.b.t para pembaca bloggerku sekalian..hehe..apa kabar?harap2 anda sihat walafiat..okey arini aku ingin berkongsi entri ku yg skema sikit..hihi..tengok tajuk la der..hehe..ok la,keputusan STPM 2011 telah kuar kelmarin(7.3.2012)..ramai la jg kwn2 aku ambik tahun lepas.hehe..keputusan STPM 2011 telah dilaporkan meningkat..seramai 5,664@88.71 peratus calon STPM di Sabah mendapat kelulusan penuh berbanding hanya 88.51@5,223 pada 2010..Kementerian Pelajaran Negeri Sabah melalui Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri,Maimunah Suhaibul berkata Kementerian Pelajaran Sabah telah merekodkan sebanyak 14 buah sekolah seluruh Sabah yang telah berjaya memperoleh 100 peratus lulus dalam STPM kali ini.Berikut senarai sekolah yg berjaya mendapat 100 peratus lulus dalam STPM 2011:

1.SMK BENONI,PAPAR
2.SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU
3.SMK KUNAK
4.SMKA MUHAMMAD ALI,RANAU
5.SMK JALAN APAS,TAWAU
6.SMKA TUN SAKARAN,SEMPORNA
7.SM LA SALLE,KOTA KINABALU
8.SMK TENGHILAN,TUARAN
9.SMK KENINGAU II,KENINGAU
10.SMK SEGAMA,LAHAD DATU
11.SMK LOHAN,RANAU
12.SM LOK YUK LIKAS,KOTA KINABALU
13.SM SUNG SIEW,SANDAKAN
14.SMK KOTA KLIAS,BEAUFORT(BEKAS SEKOLAH DEN)


itulah senarai2 sekolah di Sabahn yg mendapat 100 peratus lulus dalam STPM..bangga jg aku sekolah ku(SMK KOTA KLIAS,BEAUFORT) tersenarai walaupun bukan kami yg berjuang..hehe..

p/s:aku calon STPM 2010 SMK KOTA KLIAS(bangga ni walaupun result terok.haha)

AKU BANGGA JADI WARGA SMK KOTA KLIAS :)

Monday, March 5, 2012

projek di kala boring melanda




cewah..ni kali la entri poyo dari beta.haha..aiseh,lupa bagi salam der..assalamuaikum w.b.t..hehe..pa kbr semua?sihat?mudah2han semuanya sihat hendaknya,amin..pertama kali beta ingin mengucap kesyukuran di atas dikurniakan kesihatan yg baik,masih lagi mampu menghirup&menghembus nafas di muka bumi Allah s.w.t ini.alhamdulilah..beta merasa gumbira kerna follower beta sudah melebihi angka 100 org,yeah!tepuk tgn la skit..kui3..terima kasih beta ucapkan kpd anda2 yg sudi menjadi follower blog beta yg serba serbi sederhana ini..sesungguhnya beta lebih suka kesederhanaan dlm dunia ini termasuk dalam blog beta..cewah,ayat pling manang!haha..ni kali la,main kw burung!wkwkwkwk..hehe..ok la di entri kali ini beta ingin mengshare2 keboringan beta pada hari ini(5/3/2012)..boring ler on9 jew,bkn ada cewek kn..haha..alkisahnya entri beta kali ini ialah....beta berjaya melatih minda&pemikiran beta dengan menghiasi sebuah objek yg dikenali sebagai "stray a.k.a tempat abu rokok"..kuang2..pada mulanya "stray" tersebut hanyalah bekas tin yg dipotong di atasnya..dipendek kan cerita,tiba2 ler terlintas di pikiran suci beta ini mengupgrade "stray" tersebut..haha..lagipun beta pun boring,xtaw mau watpa lg..kuang2..lantas beta menyediakan "stray" itu berserta dgn intrument2 lain seperti solatap,gunting,sekeping kad reload dg rm10,sekotak rokok premiun yg 0 dan lain2 lg..setelah berhempas pulas selama hampir2 30minit dengan memakai baju kemeja+boxer(tadi pagi ada kelas,malas mau bkak bju kemeja),akhirnya projek beta pun siap..haha..walaupun x secantik ratu cantik dunia,namun beta tetap optimis dengan hasil kerja beta.haha..jum la tinguk2 hasil kerja beta di saat beta dilanda keboringan..sekian.. p/s:sori la kalau bahasa pertuturan entri diatas melalut2..haha

inilah hasil kerja beta..haha



"stray"

Sunday, March 4, 2012

DR JEFFREY, PEJUANG TULEN SABAH




Oleh: PEJUANG KEADILAN SABAH.

DAHULUNYA, Datuk Dr Jeffrey berjuang berseorangan kerana rata-rata rakyat Sabah ketika itu boleh dikatakan masih mentah dan amat mudah ditakut-takutkan oleh Malaya melalui penggunaan undang-undang darurat dan ISA. Penjara seolah-olah dianggap umpama masuk ke dalam neraka.

Namun, Dr Jeffrey melihat itu bukan sebagai penghalang untuk berjuang mempertahan dan menuntut HAK kemerdekaan Sabah seperti yang telah dipersetujui semasa Sabah bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia. Akhirnya, beliau ditangkap dan dikurung selama 2 tahun 7 bulan dalam penjara Kamunting dan kemudiannya dalam buangan di Negeri Sembilan.

Kini, Dr Jeffrey bukan bersendirian lagi kerana kebangkitan semangat juang rakyat Sabah, terutama golongan muda setelah menyedari kebenaran apa yang diperjuangkan oleh Dr Jeffrey selama ini.

Semua ini adalah kesan positif dari aktiviti-aktiviti Borneo Tea Party UBF, sebuah badan NGO, yang sudah dianjurkan hampir ke seluruh pelusuk negeri Sabah sejak pelancarannya pada 16 Disember 2010.

Perjuangan beliau kali ini telah dirangkumkan dalam 7 agenda yang dipanggil AGENDA BORNEO, satu agenda perjuangan rakyat Borneo di Sabah dan Sarawak. Untuk itu, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan State Reform Party (STAR), sebuah parti nasional yang diasaskan di Sarawak sebagai platform memperjuangkan Agenda Borneo melalui proses politik Malaysia.

Penangkapan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan sebagai satu langkah oleh Kuala Lumpur untuk menghalang masyarakat mengetahui haknya.

Pada 23 Januari 1990, Sabah telah menjadi gempar apabila penangkapan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan menjadi tajuk besar setiap suratkhabar tempatan. Berita ini mengatakan Datuk Dr Jeffrey ditangkap di bawah Akta Rasuah di mana Datuk Dr Jeffrey menerima tujuh tuduhan yang melibatkan rasuah.

Masyarakat ketika itu menjadi gempar dan tertanya-tanya. Apakah betul tuduhan-tuduhan tersebut? Malah ada yang menyatakan bahawa ia plot orang luar untuk menjatuhkan Dr Jeffrey.

Apa yang menjadi tandatanya adalah cara penangkapan itu dilakukan. Untuk mereka yang belum tahu, pada 22 Januari 1990, subuh-subuh lagi seramai lebih kurang 30 askar dan polis serta pegawai pencegah rasuah telah datang ke rumah Datuk Dr Jeffrey di Kota Kinabalu.

Mereka lengkap dengan senjata M16 dan 7 ekor anjing polis mengepung rumah Dr Jeffrey seakan-akan Dr Jeffrey seorang pembunuh dan penjenayah besar. Mereka telah menunggu lama sehinggalah siang hari di mana mereka telah menyelongkar setiap bilik di rumah Datuk Dr Jeffrey tetapi gagal menemuinya.

Datuk Dr Jeffrey sendiri telah datang ke pejabat ACA dan seterusnya ke mahkamah. Cara kedatangan mereka yang sedemikian rupa menunjukkan bahawa mereka mungkin mempunyai tujuan lain seperti:-

01. Mungkin mereka juga mempunyai waran tangkap ISA di mana ia ditangkap tanpa bicara dan dibawa keluar daripada Sabah tanpa pengetahuan sesiapa. Dan kalau Jeffrey lari, mungkin ia akan ditembak.

02. Memalukan Dr Jeffrey dengan menganiayanya dan disiarkan melalui media masa. Ini adalah nyata kerana semua perakam video sudah tersedia untuk merakam kesemua kejadian pada waktu itu.

Persoalannya, kenapa sebenarnya beliau hendak ditangkap? Sebelum mengetahuinya, adalah perlu untuk ketahui latarbelakang negeri kita sendiri.

Sebelum tahun 1881, Sabah telah diberikan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei. Kemudian di antara 1891 hingga 1893, dua saudagar British telah menyewa (pajak) Sabah daripada Sultan Sulu.

Dengan itu, Sabah telah menjadi suatu kawasan jajahan British di bawah pentadbiran Chartered Company. Pada tahun 1942, Sabah telah ditawan oleh Jepun, tetapi pada tahun 1946 (setelah Jepun memerintah Sabah selama lebih kurang empat tahun) Sabah telah ditawan semula oleh British dan Australia.

Oleh itu, Chartered Company dibubarkan dan Sabah telah menjadi jajahan British. Sabah telah menjadi tanah jajahan Britisah dari tahun 1946 hingga 1963 bersama dengan Negara Brunei dan negeri Sarawak.

Pada tahun 1960-an British mendapat desakan daripada Negara-negara luar untuk melepaskan negeri-negeri jajahannya. Apabila Negara-negara jiran mengetahuinya (Filipina, Indonesia dan Tanah Melayu) mereka masing-masing menuntut Sabah sebagai milik mereka.

Namun demikian, Sabah telah merdeka sendiri pada jangkamasa yang singkat sahaja iaitu di antara 31 Ogos 1963 hingga 16 September 1963.

Tanah Melayu sangat inginkan Sabah. Tetapi pemimpin-pemimpin Sabah pada waktu itu enggan menerima cadangan Tanah Melayu untuk merdeka melalui Malaysia.

Pemimpin Tanah Melatyu telah menjemput Singapura untuk memasuki Tanah Melayu dan menggunakannya sebagai alat untuk memujuk Sabah menyertai Malaysia.

Untuk memikat hati pemimpin Sabah termasuk Tun Fuad dan Tun Mustapha, Tunku Abdul Rahman telah membawa mereka ke Kuala Lumpur untuk melihat pembangunan dan perkembangan di KL.

Lee Kwan Yew iaitu pemimpin Singapura telah berucap pada masa itu untuk menarik Sabah menyertai Malaysia. Pemimpin Tanah Melayu telah menyatakan bahawa Sabah juga akan menikmati pembangunan seperti Kuala Lumpur sekiranya mereka menyertai Malaysia. Dengan itu pemimpin Sabah telah tertarik dengan janji tersebut. Namun mereka masih belum mempersetujui secara keseluruhannya.

Untuk meyakinkan lagi pemimpin Sabah pada waktu itu, pemimpin Sabah yang diketuai oleh Tun Fuad telah diberikan peluang untuk menyenaraikan beberapa syarat yang harus diikuti. Maka satu rangkaian syarat telah dipersetujui untuk menjadi Sabah sebahagian daripada Malaysia yang dinamakan 20 Perkara.












Isi kandungan 20 Perkara yang sangat penting adalah:-

PERKARA 1. Sabah tidak mempunyai agama rasmi walaupun Islam menjadi agama rasmi Tanah Melayu.

PERKARA 2. Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu namun bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Inggeris tanpa ada had masanya.

PERKARA 3. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang baru di mana Perlembagaan Tanah Melayu tidak boleh digunakan untuk Sabah.

PERKARA 6. Imigresen iaitu kawalan keluar masuk orang asing ke negeri Sabah haruslah dibawah kawalan negeri Sabah.

PERKARA 8. Pekerja-pekerja di semua jabatan haruslah diambilalih oleh orang-orang Sabah iaitu Borneonisation.

PERKARA 11. Pengurusan kewangan dan cukai haruslah dikawal oleh negeri Sabah.

PERKARA 12. Kedudukan bumiputera negeri Sabah haruslah sama tarafnya dengan orang Melayu di Semenanjung.

PERKARA 13. Ketua Negeri ialah Perdana Menteri.

PERKARA 15. Sistem pendidikan di Sabah haruslah diteruskan dan di bawah kawalan kerajaan negeri Sabah.

PERKARA 16. Tiada pembaharuan dan penarikan hak Sabah tanpa persetujuan kerajaan negeri Sabah.

PERKARA 17. Wakil Negeri Sabah tidak kurang daripada wakil daripada Singapura. (Semasa Singapura masih dalam Malaysia)

PERKARA 18. Nama Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah adalah Yang DiPertua Negara.

PERKARA 20. Tanah dan hutan negeri Sabah haruslah dikawal oleh kerajaan negeri Sabah.

Inilah di antara 20 Perkara yang telah dipersetujui oleh pemimpin Tanah Melayu sebagai syarat penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Setelah kita merdeka bersama Malaysia selama 26 tahun, didapati bahawa perlahan-lahan hak kita dihapuskan dan hak kita untuk membuat keputusan sendiri semakin lama semakin berkurangan. Kalaulah perkara ini terus dibiarkan lama kelamaan tidak ada lagi hak negeri Sabah untuk membuat keputusan sendiri.

Semua keputusan akan dibuat oleh Kuala Lumpur. Keadaan masa sekarang ialah kita kembali ke zaman penjajahan di mana kuasa dan keputusan di tangan penjajah, manakala sekarang ini kuasa dan keputusan adalah di bawah Kuala Lumpur seperti Jabatan pendidikan, Jabatan Perubatan dan sebagainya.

Dari tahun 1963 hingga 1975, Sabah telah diperintah oleh kerajaan USNO. Semasa pemerintahan ini, sesiapa yang menentang akan dimasukkan ke dalam penjara atau dihantar ke luar negeri untuk 'makan angin'.

Datuk Peter Mojuntin telah dipenjarakan pada tahun 1967 manakala Tun Fuad telah dihantar ke Australia kerana kedua mereka ini begitu berpengaruh. Masa itu masyarakat kita masih belum berani bertindak.

Tun Mustapha, pada masa pemerintahannya cuba meminjam wang dari bank dunia tapi telah tidak diluluskan kerana Sabah harus memohon melalui Kuala Lumpur. Tun Mustapha telah memohon agar Kuala Lumpur membenarkan tetapi tidak mendapat layanan.

Di sinilah Tun Mustapha menyedari bahawa kuasa ini bukan di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi di bawah kuasa Kuala Lumpur. Untuk memikat Kuala Lumpur Tun Mustapha telah melakukan pengIslaman secara beramai-ramai dan menghalau pemimpin-pemimpin gereja keluar daripada Sabah dan yang lain dipenjarakan. Tun Mustapha juga telah menubuhkan jawatankuasa untuk keluar daripada Malaysia.

Menyedari cadangan Tun Mustapha untuk keluar daripada Malaysia, maka pada tahun 1975 kerajaan USNO telah menerima tekanan daripada Kuala Lumpur di mana Kuala Lumpur menyokong BERJAYA.

Pada tahun 1976 USNO telah kalah dalam pilihanraya. Kerajaan BERJAYA telah mengambilalih pemerintahan negeri Sabah di bawah pimpinan Tun Fuad, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong, Chong Thain Vun dan sebagainya. Tun Fuad telah menjadi Ketua Menteri.

Pada tahun 1976, Tun Fuad bersama dengan beberapa orang pemimpin seperti Datuk Peter Mojuntin, Darius Binion, Salleh Sulong, Chong Thain Vun serta anak Tun Fuad sendiri Mohamad Johari telah datang ke Pulau Labuan untuk membuat perjanjian dan seterusnya menandatangani persetujuan penyerahan minyak Sabah kepada Wilayah Persekuatan di bawah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Tun Fuad selaku Ketua Menteri pada masa itu tidak menandatangan perjanjian tersebut. Pada 06.06.1976 selepas pertemuan di Labuan, mereka kesemuanya telah balik ke Kota Kinabalu.

Malangnya kapal terbang yang mereka naiki telah meletup dan kesemua mereka telah terkorban. Peti hitam dari kapal terbang tersebut tidak dijumpai di mana segala maklumat tentang kapal terbang tersebut boleh diperolehi daripada peti hitam tersebut.

Malangnya dengan tidak diketahui oleh masyarakat Sabah, kes tersebut telah ditutup begitu sahaja dan dengan mudah Kuala Lumpur menyatakan bahawa ianya adalah disebabkan oleh 'kegagalan teknikal' pada kapal tersebut.

Sejauh manakah perkara ini benar? Tiada di antara masyarakat Sabah tahu. Suatu pertanyaan adalah apakah itu hasil daripada siasatan terhadap peti hitam? Ia tidak diperdebatkan pada masa tersebut. Tiada seorang pun yang berani mempersoalkan hal tersebut.

Bagaimanapun, ia tetap terpendam dalam hati setiap pejuang keadilan. Penulis ini baru darjah 6 pada masa tersebut, namun ia masih segar dalam ingatan. Persoalan ini yang belum ada jawapan yang memuaskan sejak 1976 tidak luput dari ingatan. Keadaan orang seberang mengendali Sabah pada masa sekarang menimbulkan persoalan apakan akan ada satu lagi 'kegagalan teknikal kapal terbang' di Sabah.

'Kegagalan teknikal' ini boleh berlaku dalam berbagai cara, sama ada di darat, udara, di lautan, dalam bangunan, di majlis-majlis atau di mana sahaja termasuk di luar negeri. Masyarakat Sabah tidak mampu lagi melihat 'kegagalan teknikal pada kapal terbang” ini berlaku.

Hasil daripada 'kegagalan teknikal pada kapal terbang yang telah meragut nyawa pemimpin Sabah termasuk Ketua Menteri pada masa itu iaitu Tun Fuad, Datuk Harris Salleh telah menjadi Ketua Menteri sabah yang baru.

Satu minggu selepas itu Datuk Harris telah menandatangani penyerahan minyak Sabah kepada persekutuan dengan 95% kepada Wilayah Persekutuan dan 5% sahaja kepada Sabah. Dengan kata lain setiap satu ringgit hasil minyak Sabah, 95 sen kepada persekutuan dan 5 sen kepada Sabah.

Kepimpinan BERJAYA di bawah Datuk Harris Salleh boleh dikatakan berjalan dengan baik sepanjang tahun 1976 hingga 1980. Kepimpinan Datuk Harris mula tergugat pada tahun 1980, apabila Dr Jeffrey (belum PhD) yang mana pada masa itu menjadi Pengarah SINAR telah membuat banyak penyusunan kepada pentadbiran Jabatan Ketua Menteri dan mempersoalkan beberapa polisi Datuk Harris.

Suatu masa pada tahun 1980, Datuk Dr Jeffrey (belum Dr pada masa itu) telah dipanggil oleh Datuk Harris bersama dengan semua ketua-ketua jabatan kerajaan, jabatan Persekutuan, badan-badan berkanun dan menteri-menteri kabinetnya untuk menjawab berbagai pertanyaan Datuk Harris berkaitan dengan penyusunan dan kritikan Datuk Dr Jeffrey.

Datuk Harris telah memanggil semua pemberita kerana sengaja memalukan Datuk Dr Jeffrey kepada semua masyarakat. Namun semua persoalan Datuk Harris dapat dipatahkan oleh Datuk Dr Jeffrey menyebabkan Datuk Harris marah dan mengancam akan melucutkan jawatan Datuk Dr Jeffrey sebagai Pengarah SINAR jika beliau tidak meminta maaf.

Oleh kerana Datuk Harris sendiri yang mendapat malu, ia telah menyatakan kepada semua pemberita supaya tidak mengeluarkan apa-apa berita pertemuan tersebut.

Kebetulan Datuk Dr Jeffrey telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri menyebabkan Datuk Harris tidak sempat melucutkan jawatan beliau. Datuk Harris telah mencari sasaran lain (dengan kata lain mengganti sasaran, tidak dapat tanduk, telinga dipulas).

Kebetulan Datuk Pairin merupakan ahli kabinet kerajaan negeri pada masa itu. Datuk Harris telah menjadikan Datuk Pairin sebagai sasarannya dengan memberikan tekanan kepada Datuk Pairin. Ini termasuklah menggunakan orang lain termasuk orang di KDCA (pada masa itu KCA), melucutkan daripada kabinet pada tahun 1982 dan sebagainya sehinggalah telah melucutkan taraf daerah Tambunan pada tahun 1984.

Setelah BERJAYA tumbang pada tahun 1985, suatu pengalaman pahit telah sama-sama kita alami, di mana tunjuk perasaan dan letupan berlaku di sana sini di kawasan Kota Kinabalu. Kereta-kereta dibakar, bangunan dibakar dan lain-lain lagi yang menganggu ketenteraman rakyat Sabah. Ini adalah angkara oleh orang yang diupah oleh pemimpin parti yang kalah. Ini ekoran daripada kegagalan 'rampasan kuasa' di waktu subuh oleh Tun Mustapha dan kuncu-kuncunya.

Oleh kerana gagal, mereka melakukan kekerasan. Dalam keadaan begitu Datuk Pairin tetap menyeru penyokongnya supaya bertenang. Andainya Datuk Pairin bersikap seperti sesetengah pemimpin sebelumnya, tentu sekali dia sudah mengarah penyokongnya untuk bertindak dan pertumpahan darah pasti berlaku.

Disebabkan kelembutan Datuk Pairin dan penyokongnya menyebabkan pihak lain semakin bertindak dan menindas. Mereka yang terlibat pula, walaupun telah menjejaskan keselamatan negeri, langsung tidak diusik oleh ISA.

Dalam keadaan begitu, Datuk Dr Mahathir, selaku Perdana Menteri Malaysia, tidak mengambil tahu siapa Ketua Menteri Sabah. Walaupun ia tahu bahawa PBS telah memperolehi majoriti dalam pilihanraya. Malah beliau (Mahathir) memperkenalkan formula kerajaan campuran. Formula ini telah dipersetujui oleh Datuk Mark Koding yang mana telah mewakili kerajaan negeri Sabah ke pertemuan di Kuala Lumpur.

Tetapi Datuk Dr Jeffrey telah menasihati kerajaan negeri supaya tidak menerima cadangan tersebut. Dengan itu, parti PBS telah menolak kerajaan campuran dan ini menyebabkan Datuk Mark Koding dan beberapa orang tertentu tidak menyenangi Datuk Dr Jeffrey.

Sejak dari tu kerajaan Sabah di bawah pimpinan PBS sering menghadapi tekanan. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk mentadbir dengan aman. Pihak pembangkang lebih mendapat perhatian daripada seberang.

Semua tuduhan politik pembangkang lebih diterima oleh Kuala Lumpur. Keadaan seperti ini menyebabkan rakyat atau masyarakat Sabah lebih tidak menyenangi kepimpinan Kuala Lumpur. Ketidak senangan masyarakat Sabah ini harus disampaikan melalui pemimpin.

Namun setiap pemimpin yang menyuarakannya dilabelkan sebagai anti-federal. Ia dikatakan bermain dengan api' kerana menimbulkan hal-hal sensitif. Selagi isu-isu itu dianggap oleh pemimpin-pemimpin federal sensitif selagi itulah perkara itu tidak dapat diselesaikan.

Malah mereka akan terus menangkap pemimpin-pemimpin yang menyuarakannya di bawah ISA. Ini memberi gambaran kepada masyarakat bahawa ISA ini bukan lagi digunakan untuk menjaga ketenteraman atau keselamatan dalam negeri tetapi menjaga keselamatan kedudukan pemimpin-pemimpin tertentu.

Ini terbukti apabila seseorang itu memberitahu masyarakat tentang kedudukan hak mereka, apa seseorang itu menegur pemimpin, maka mereka dilabelkan sebagai bermain dengan isu sensitif.

Masyarakat berhak mengetahui hak mereka yang selama ini tidak diketahui. Sampai bila masyarakat dibiarkan tidak mengetahuinya. Adakah ditunggu hingga mereka pupus dari muka bumi?

Dengan keadaan itu Datuk Dr Jeffrey telah mengeluarkan perutusan tahun barunya pada 1987 di mana beliau telah menegur sikap pemimpin persekutuan terhadap negeri Sabah. Pada tahun 1987 juga Dr Jeffrey telah banyak mengadakan seminar-seminar berkenaan dengan keadaan di Sabah. Ini termasuk keadaan pelarian di Sabah, Seminar Integrasi Nasional dan lain-lain lagi.

Datuk Dr Jeffrey telah menyarankan agar perancangan Integrasi Nasional ini harus dilihat dari dua pihak, pihak Semenanjung dan juga pihak dari Sabah dan Sarawak. Keadaan budaya Sabah dan Sarawak harus diambil kira dalam perlaksanaan Integrasi Nasional dan bukan hanya dalam kaca mata Kuala Lumpur. Dalam hal ini:

Persoalannya, sejauh manakah mereka di Kuala Lumpur menghormati budaya Sabah seperti mana mereka mengharapkan kita menghormati mereka? Sejauh manakah Kuala Lumpur mendengar keluhan dan suara rakyat Sabah melalui pemimpinnya seperti mana mereka mengharapkan rakyat Sabah melalui pemimpin kita mendengar mereka?

Kerajaan Persekutuan telah meminta memo daripada kerajaan negeri Sabah tentang keluhan rakyat Sabah terhadap cara Kuala Lumpur mengendali Sabah. Dengan itu Datuk Dr Jeffrey telah mengeluarkan 20 Perkara sebagai asas kepada memo yang disampaikan kepada Kuala Lumpur. Namun demikian, memo tersebut telah diharamkan oleh Kuala Lumpur kerana menurut mereka, ia terlalu sensitif.

Apakah erti perkara ini? Bagaimanakah mereka mengharamkannya sedangkan iannya diketahui oleh seluruh masyarakat Sabah? Atau adakah dengan mengambil perhatian terhadap perkara tersebut, maka kedudukan mereka akan terjejas?

Persoalan-persoalan ini timbul akibat reaksi Kuala Lumpur sendiri. Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang berani mengemukakan persoalan ini secara terbuka meskipun di setiap kedai kopi persoalan ini menjadi satu topik perbualan yang hangat. Ini adalah kerana takutkan ISA.

Pada tahun 1988, beberapa orang telah ditangkap di bawah Akta ISA dalam 'Operasi Lalang'. Namun Datuk Dr Jeffrey juga seringkali disebut-sebut akan ditangkap di bawah Akta ISA.

Pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Sabah telah meminta Kerajaan Persekutuan agar dapat menyelesaikan masalah pelarian (pendatang haram) masuk ke negeri Sabah. Namun demikian permintaan ini tidak dihiraukan. Oleh hal yang demikian, Kerajaan Negeri Sabah ingin melaksanakannya, tetapi malangnya menerima tentangan daripada Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, IDS yang diketuai sendiri oleh Datuk Dr Jeffrey telah meneruskan kajian ini. Dalam kajian ini, IDS mendapati bahawa terdapat projek membuat Kad Pengenalan Biru kepada pelarian (pendatang haram).

Dengan itu, pelarian-pelarian tersebut mendapat kewarganegaraan Malaysia bermastautin di negeri Sabah dan seterusnya dapat melibatkan diri dalam pilihanraya (bila mengundi). Pelan kajian ini mereka mendapati bahawa 20,000 (dua puluh ribu) pelarian layak mengundi.

Kerajaan Persekutuan telah menawarkan satu penyelesaian yang dinamakan 'Task Force 7' yang kononnya dapat menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah. Malangnya Kerajaan Persekutuan telah tidak menghormati hak dan maruah rakyat Sabah, kerana 'Task Force 7' telah didapati bukannya menyelesaikan masalah pelarian (pendatang haram) di Sabah, tetapi ingin mengumpul semua rekod pelarian yang mana sebenarnya akan digunakan untuk menyebarkan pelarian yang berkad pengenalan biru ke beberapa pusat pengundian di Sabah.

Ini juga terbukti dengan ucapan Tan Sri Kadir di Kuala Lumpur yang mencadangkan semua pelarian (pendatang haram) di Sabah diberikan taraf kewarganegaraan. Kuala Lumpur telah jelas memberi sokongan kepada cadangan Tan Sri Kadir kerana tidak ada seorangpun pemimpin persekutuan yang memprotes cadangan tersebut.

Sepatutnya ucapan tersebut adalah terlalu sensitif kepada rakyat Sabah, tetapi pemimpin rakyat Sabah dapat mengawal rakyatnya daripada bertindak. Andainya pemimpin Sabah seperti sesetengah pemimpin Persekutuan, tentu sekali satu perhimpunan raksasa menentang (tunjuk perasaan) akan terjadi.

Bagaimanapun, cadangan Kuala Lumpur yang mencadangkan agar 'Task Force 7' menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah telah ditolak oleh Kerajaan Negeri Sabah. Kuala Lumpur mengetahui, ini adalah kerana Datuk Dr Jeffrey.

Setelah 26 tahun merdeka bersama Malaysia, Kuala Lumpur masih lagi belum atau tidak ingin mengetahuinya bahawa tidak semestinya apa yang baik di Kuala Lumpur maka baiklah untuk negeri Sabah dan Sarawak.

Bagaimana Integrasi Nasional boleh terwujud? Kerajaan Negeri Sabah masih tidak berputus asa untuk menunjukkan kesetiaan kepada Kuala Lumpur. Ini jelas dilihat pada saat-saat menjelangnya pilihanraya kecil Ranau pada 9 Disember 1989, Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan telah datang sendiri ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Mahathir dan memberikannya satu cenderamata khas untuk menunjukkan kesetiaan negeri Sabah.

Tetapi bagaimana pemimpin negeri ini dapat terus setia kepada Kuala Lumpur bila rakyat sudah tidak menyenangi tindak-tanduk Kuala Lumpur. Oleh itu, rakyat Sabah menuntut pemimpinnya untuk menyampaikan tangisan serta keluhan mereka terhadap pihak yang berkenaan termasuk layanan Kuala Lumpur terhadap Sabah.

Malangnya, sesiapa yang menyuarakannya menerima ancaman ISA atau mereka dikatakan anti-federal dan tekanan demi tekanan dilemparkan kepada mereka. Mungkin untuk menjalinkan perhubungan yang baik bagi mereka adalah menggadai semua hak rakyat Sabah kepada mereka, hanya menurut semua kehendak mereka walaupun ia akan menjejaskan rakyat Sabah sendiri. Keadaan seperti ini meletakkan pemimpin dalam dilema.

Sejarah telah mengajar kita bahawa mereka yang menjadi 'Yes Man' kepada Kuala Lumpur tidak mendapat tempat dalam hati masyarakat Sabah. Kerajaan Berjaya yang diajak 'Swim And Sink' dengan Kuala Lumpur telah tumpas, Mark Koding yang mendapat sokongan Kuala Lumpur melalui 'Kalakau Untol' juga telah tumpas dan kita juga akan menyaksikan keguguran Kalakau Untol dalam pilihanraya akan datang. Ini pun kalau Kalakau berani menguji kepimpinannya.

Datuk Dr Jeffrey juga telah menyuarakan supaya rangkaian ketiga RTM yang merangkumi Sabah dan Sarawak dihidupkan kembali namun tidak dihiraukan. Amatlah ketara sekali bahawa Kuala Lumpur tidak menghormati maruah dan perasaan rakyat Sabah dan Sarawak.

Berita Tamil terus disiarkan di Sabah walaupun di Sabah tidak sampai 5% orang India yang berbahasa Tamil. Kenapakah masa ini digunakan untuk siaran tersebut? Liputan RTM terhadap Sabah dan Sarawak sangat tidak memuaskan. Iklan untuk memperkenalkan Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 1990, juga telah dihapuskan penyiarannya pada masa pilihanraya di Ranau.

Walaupun kini telah disiarkan kembali tetapi kemunculan Ketua Menteri kita yang tidak sampai sesaatpun telah dihapuskan, sedangkan muka pemimpin Kuala Lumpur sentiasa keluar dalam iklan memperkenalkan Malaysia.

Masyarakat Sabah berhak menyuarakan ketidak puasan hati mereka dan ketidak puasan hati ini telah disampaikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam perutusan tahun baru beliau pada 12 Januari 1990.

Selain dari itu, Datuk Dr Jeffrey juga telah menyuarakan tuntutan kita terhadap hasil minyak yang dikeluarkan di negeri Sabah. Beliau telah menyuarakan agar hasil minyak Sabah dibahagikan 50:50 dan bukannya 5:95 seperti sekarang.

Perkara ini wajar kerana negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang kedua terbesar di Malaysia. 5% untuk negeri Sabah amatlah kecil. Kalau 95% itu Kuala Lumpur bahagi-bahagikan kepada 12 negeri yang lain, termasuk negeri yang 10 kali lebih kecil dari Sabah, mereka masih mendapat 8% setiap satu.

Kenapa pula Sabah yang mengeluarkan minyak tersebut hanya mendapat 5% sahaja? Pemimpin Kuala Lumpur sepatutnya melawat sendiri ke kawasan-kawasan luar bandar Sabah dan melihat sendiri keadaan kehidupan mereka yang hanya makan ubi dan tinggal di rumah-rumah 'bamboo' yang sudah reput. Atau dapat disimpulkan mereka 'kais pagi, belum tentu makan petang'.

Datuk Dr Jeffrey adalah wajar menyuarakan rintihan, keluhan dan tangisan rakyat Sabah kerana beliau sendiri seringkali melawat ke kawasan-kawasan luar bandar di Pedalaman Sabah termasuklah kawasan-kawasan yang memakan masa selama 6 jam berjalan kaki, merentas hutan rimba untuk sampai ke satu-satu tempat (kampung) dan melihat sendiri keadaan kemiskinan di situ.

Pemimpin Kuala Lumpur juga seharusnya merasakan perjalanan melalui jalanraya-jalanraya ke Kinabatangan, Nabawan dan Tambunan serta beberapa jalan darat di Sabah.

Pemimpin Sabah telah melalui jalan-jalan ini dan menyedari serta mengetahui keperluan kewangan yang lebih untuk tujuan pembaikan jalan-jalan tersebut. Malangnya, ianya tidak mendapat perhatian langsung daripada Kuala Lumpur.

Pada 18 Januari 1990, Datuk Sri Dr Mahathir telah merasmikan perhimpunan/ persidangan USNO dan menyatakan bahawa orang Sabah tidak mempunyai sikap tolong menolong.

Dalam wawancara khas beliau dengan para wartawan, beliau telah membuat sindiran kepada Datuk Dr Jeffrey dengan menyatakan “Sebelum merdeka, Sabah tidak mempunyai Dr, tetapi setelah mendapat kemudahan pelajaran, sudah pandai, lawan taukeh.”

Tetapi Dr Mahathir lupa bahawa wang yang telah digunakan untuk memberi pelajaran kepada mereka yang dimaksudkan itu adalah wang negeri Sabah dan bukannya wang Kuala Lumpur.

Sebab berpelajaran itulah, maka mereka boleh bersuara dan menegur serta memperbetulkan apa yang tidak betul. Bukan seperti sesetengah pemimpin yang digemari oleh Kuala Lumpur pada masa sekarang yang hanya mahir mengangkat kaki Kuala Lumpur sahaja.

Malangnya, orang yang telah memperolehi pelajaran dengan tajaan wang Kerajaan Negeri dihalang untuk menyumbangkan kepintarannya demi kebaikan masyarakt negeri itu sendiri.

Sekarang bukan lagi seperti pada tahun 1960-an dan 1970-an. Pada zaman 1990-an ini dunia memerlukan para cendekiawan-cendekiawan untuk perancangan yang lebih profesional dan lain-lain lagi.

Oleh itu, politik Sabah di tahun 1970-an tidak sesuai lagi diamalkan di negeri ini yang mana sedang mengalami alunan permodenan. Pintar bercakap sahaja tidak sesuai lagi jika tidak pintar berfikir kerana ia akan mudah diheret perasaan sehingga tidak dapat membuat keputusan yang baik.

Penangkapan pembangkang dan paderi-paderi dengan cara yang kasar di zaman pemerintahan USNO; pembahagian minyak kepada Kuala Lumpur dengan 5:95; penyerahan Pulau Labuan kepada Wilayah Persekutuan semasa BERJAYA di bawah Harris Salleh adalah hasil daripada pintar bercakap tetapi tidak pintar berfikir.

Ada juga yang pintar berfikir tetapi menyalahgunakan kepintarannya untuk tujuan menjatuhkan satu-satu pihak. Cadangan 'Task Force 7'; Formula kerajaan campuran Sabah dan kegagalan teknik kapal terbang mungkin merupakan hasil daripada salahguna kepintaran.

Hal penangkapan Datuk Dr Jeffrey telah menjadi hangat juga merupakan hasil kerja mereka yang pintar berfikir tetapi disalah gunakan. Kalau dilihat peristiwa penangkapan Datuk Dr Jeffrey ia jelas sekali.

Menjelang pilihanraya di Ranau, Badan Pencegah Rasuah (BPR) sibuk mencari Datuk Dr Jeffrey dan Datuk Pairin untuk disoal siasat. Terdapat juga berita yang mengatakan bahawa Datuk Dr Jeffrey akan ditangkap. Tetapi strategi untuk merosakkan Datuk Dr Jeffrey telah gagal. Tuduhan penyelewengan kewangan Yayasan Sabah langsung tidak berasas.

Tuduhan-tuduhan (7 tuduhan yang dikenakan kepada Datuk Dr) tidak ada kaitan dengan soal-siasat selama 9 jam dahulu. Ramai yang telah tertipu untuk berfikir bahawa ia ada kaitan dengan soal-siasat selama 9 jam dahulu, sedangkan tidak ada kaitan langsung.

Semasa lawatan Datuk Dr Mahathir merasmikan persidangan USNO pada 18 dan 19 Januari 1990, belau telah membuat ucapan yang antara lainnya menyatakan bahawa “Kerajaan Persekutuan adalah kuat dan boleh melakukan apa sahaja terhadap Sabah.”

Dalam wawancara/pertemuan khas dengan para wartawan, beliau dengan tidak secara langsung menyindir Datuk Dr Jeffrey. Perasmian dan wawancara ini telah mendapat liputan penuh RTM, malah telah menjadi tajuk-tajuk akhbar di Semenanjung dan boleh dikatakan bahawa liputan akhbar pada perhimpunan ini adalah yang kedua besarnya selepas perhimpunan UMNO.

Penangkapan Datuk Dr Jeffrey oleh BPR adalah disengajakan kerana apabila Datuk Dr Jeffrey ditangkap melalui ISA adalah diharapkan agar masyarakat menyatakannya, “Itu wajar kerana ia bersalah”. Untuk penjelasan sebahagian daripada tuduhan itu, biarlah kita renungi perkara di bawah:

Semasa kerajaan BERJAYA dulu, Kerajaan Negeri Sabah mempunyai sebuah syarikat membawa kayu balak keluar dai Sabah untuk diekspot. Syarikat itu ialah Dewaniaga Sdn Bhd.

Syarikat ini dikongsi oleh Dewan Perniagaan Cina Bersatu (SUCC) dan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) dengan pecahan 40:60, maksudnya 40 kepada SUCC dan 60 kepada DPBS.

SUCC diketuai oleh Wong Chik Lim dan DPBS diketuai oleh Harris Salleh (pada masa itu ialah Ketua Menteri Sabah). Dewaniaga di bawah pentadbiran Harris Salleh telah melantik Archipelego Shipping Sdn. Bhd. Untuk mengurus dan menjalankan operasi perkapalan membawa balak keluar daripada Sabah untuk diekspot.

Archipelego Shipping Sdn Bhd adalah milik rakan rapat Harris Salleh dan Wong Chik Lim. Keuntungan telah mencapai 100 juta dollar Amerika (270 juta ringgit Malaysia) tetapi SUCC hanya diberi $6.3 juta dan $200,000 kepada DPBS.

Wang pendapatan lain adalah dipunyai/digunakan oleh Harris dan Tan Sri Wong Chik Lim untuk 'hadiah' kepada mereka yang mengawal Kastam, Kementerian Kewangan di KL dan ahli-ahli politik yang mereka taja sama ada di Sabah atau di luar Sabah. Ini adalah antara sebab kenapa Harris menjadi kesayangan kepada orang seberang.

Setelah PBS menguasai Kerajaan Negeri Sabah, satu persoalan timbul, kenapakah harus ada syarikat lain yang mengusahakan syarikat yang sepatutnya dipunyai oleh Kerajaan iaitu Dewaniaga?

Kerajaan juga mendapati bahawa syarikat yang mengendalikan pengangkutan keluar balak dimonopoli oleh Syarikat Archipelego Shipping Sdn Bhd tetapi keuntungan tidak diberikan kepada Dewaniaga (60% Bumiputera dan 40% Cina).

Sejak 1986, Kerajaan cuba mengambil alih pengurusan tersebut tetapi tidak dilepaskan oleh Datuk Harris Salleh dan Wong Chik Lim. Datuk Dr Jeffrey telah diminta oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

Datuk Dr Jeffrey menyedari bahawa kuasa monopoli ini harus diperbetulkan. Untuk mengelakkan keuntungannya tidak dimonopoli oleh dua orang sahaja (Harris dan Wong Chik Lim) melalui Archipelego Shipping Sdn Bhd, Datuk Dr Jeffrey telah menyarankan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan satu lagi lesen untuk perkapalan. Namun demikian, lesen tersebut tidak diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Jestru itu, pengeluaran kayu balak bulat telah dikurangkan. Pengeluaran ini menjejaskan pendapatan Harris dan Wong Chik Lim dan ini menimbulkan kemarahan mereka kepada Datuk Dr Jeffrey dan menuduh beliau 'mensabotaj ekonomi Negara Malaysia'.

Kawan rapat Datuk Dr Jeffrey, Freddy Lim telah ditangkap di bawah Akta ISA sebagai satu langkah awal ke arah penangkapan Datuk Dr Jeffrey. Mungkin ramai yang tidak tahu apakah yang akan dilakukan kepada seseorang yang ditangkap di bawah Akta ISA?

Seseorang yang ditangkap di bawah Akta ISA akan diseksa seperti dikurung di sebuah bilik kecil yang gelap selama beberapa hari atau dalam sebuah bilik sejuk tanpa pakaian.

Mereka diberi tekanan setiap hari dengan menemuduganya dengan cara kasar selama 12 jam atau lebih setiap hari, tidak diberi masa untuk tidur, dikutuk, dan berbagai-bagai seksaan fizikal lagi.

Seksaan mental juga akan diberi sehinggalah seseorang itu mengaku kesalahan mereka. Dengan kata lain, dipaksa dengan kekerasan mengakui tuduhan mereka. Seseorang yang ditangkap di bawah Akta ISA tidak ada peluang langsung untuk membela diri, walaupun melalui mahkamah.

Pada tahun 1988, usaha untuk memecahkan monopoli ini berjaya apabila Mohd Salleh Said Keruak mendapat lesen perkapalan iaitu SB Ocean Shipping Sdn Bhd. Setelah ini berjaya, Harris merasa cemas kalau-kalau akan ada lagi syarikat memperolehi lesen perkapalan dan ini akan menjejaskan lagi keuntungannya melalui Archipelego Shipping Sdn Bhd.

Dengan itu Harris Salleh memperolehi lesen di bawah Syarikat Perkapalan Selatan Sabah. Maka bermula dari sinilah rancangan penangkapan Datuk Dr Jeffrey bermula lagi.

Sebelum itu, apabila kerajaan mengurangkan eksport balak bulat, Harris dan Wong Chik Lim menawarkan supaya membuat perkongsian kerajaan dengan mereka untuk mengurus Dewaniaga.

Datuk Dr Jeffrey telah meminta semua meminta semua maklumat mereka tetapi mereka enggan memberinya. Maka dengan itu, kerajaan negeri telah tidak menerima mereka sebagai rakan kongsi. Wong Chik Lim pernah berkata akan membuat 'pengajaran' kepada Datuk Dr Jeffrey.

Maka dapat kita simpulkan bahawa penangkapan Datuk Dr Jeffrey adalah daripada 'pengajaran' yang dimaksudkan oleh Wong Chik Lim. Apabila SUCC atau Dewaniaga Cina Bersatu dan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah menuntut bahagian mereka iaitu 40:60, Wong Chik Lim telah menuduh Datuk Dr Jeffrey yang menyebabkan keuntungan tersebut tidak dapat dibahagikan semata-mata untuk melepaskan dirinya daripada tekanan.

Sedangkan sejak 1979 hingga 1988, Archipelego Shipping Sdn Bhd telah diberikan 100 juta dollar Amerika (270 juta ringgit Malaysia) dan hanya 6.3 juta telah diberikan kepada SUCC dan 200,000 kepada DPBS.

Maka bermulanya dari sinilah tuduhan demi tuduhan kepada Datuk Dr Jeffrey untuk merosakkan nama baiknya supaya rakyat akan berdiam diri dan menganggap beliau bersalah apabila ditangkap oleh ISA.

Sebenarnya Datuk Dr Jeffrey memang sudah lama ingin ditangkap oleh ISA kerana keberaniannya menyuarakan ketidak adilan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah. Disebabkan itu, dengan cara penangkapan Datuk Dr Jeffrey di bawah Akta Pencegahan Rasuah adalah cara yang paling baik untuk menangkapnya, kerana setiap tuduhan yang dikenakan kepadanya itu adalah tidak betul.

Ia adalah kerana ketidak fahaman mereka terhadap proses dunia perniagaan antarabangsa. Kita harus ingat bahawa Datuk Dr Jeffrey mempunyai Master dalam undang-undang perniagaan.

Sering kita dengar bahawa seseorang yang pada mulanya didakwa di mahkamah dan didapati tidak bersalah akan ditangkap semula oleh ISA, sebaik sahaja beliau keluar daripada mahkamah.

Oleh itu, tidak hairanlah jika keadaan demikian akan menimpa Datuk Dr Jeffrey. Seorang warganegara Malaysia yang menjadi saksi utama dalam Skandal BMF telah dibunuh di Hong Kong.

Pembunuhan ini tentu sekali menjadi persoalan masyarakat. Kita sering melihat tayangan-tayangan dalam wayang gambar di mana orang yang penting dalam satu-satu penyiasatan itu akan dibunuh oleh mereka yang tidak diketahui. Rakyat Sabah tidak mahu lagi menyaksikan 'kegagalan teknikal kapal terbang' pemimpin keadilan Sabah.

Beberapa kemungkinan akan dilakukan oleh pihak yang senangkan kepimpinan kerajaan negeri sabah sekarang seperti yang dilaung-laungkan oleh AKAR di mana ada 5 orang lagi pemimpin PBS yang akan ditangkap di bawah Akta ISA selain dari Datuk Dr Jeffrey. Andainya mereka ini ditangkap maka akan cacatlah kepimpinan kita masa kini.

Dengan ringkasnya penangkapan Datuk Dr Jeffrey adalah kerana:-

01. Kajian pelarian dan penolakan Task Force 7

02. Menyuarakan permintaan rakyat Sabah untuk mendapatkan hasl minyak 50:50

03. Menasihati kerajaan negeri supaya menolak Formula Kerajaan Campuran

04. Menyebabkan terpecahnya monopoli Wong Chik Lim dan Harris Salleh ke atas pengangkutan balak bulat keluar dari Sabah

05. Mewakili rakyat Sabah menyuarakan penyelewengan 20 PERKARA, syarat persetujuan Sabah menyertai Malaysia

06. Teguran terhadap konsep dan polisi Integrasi Nasional

07. Keengganan Datuk Dr Jeffrey memperkongsikan hutan Sabah dengan orang seberang

08. Menghalang rancanagan untuk menjadikan Yayasan Sabah sebagai Yayasan Malaysia

09. Merupakan tulang belakang kerajaan PBS

Kesemua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Dr Jeffrey adalah merupakan sebahagian daripada 'pengajaran' Wong Chik Lim untuk menangkap Datuk Dr Jeffrey.

Sesungguhnya, tanpa kita sedar bahawa keadaan kita pada masa sekarang adalah seperti katak yang hidup dimasukkan ke dalam kuali dan perlahan-lahan dipanaskan menyebabkan lama-kelamaan kita akan mati tanpa sempat melompat keluar kerana jika ada yang sedar dan melompat, ia akan ditangkap dan dipatah-patahkan kakinya sehingga tidak terdaya.

Oleh itu, saudara pembaca, jika anda tidak hiraukan, orang lain juga tidak hiraukan, siapakah yang kita tunggu? Kalau kita menunggu mereka yang disebut-sebut, ditangkap oleh ISA, siapakah yang akan meneruskan perjuangan mereka?

Penjara Malaysia pasti tidak dapat memuatkan ramai orang jika kita 'BERSATU'. Mereka yang berkenaan tidak akan sanggup menangkap dan mematah-matahkan kaki jika semua katak dalam kuali melompat keluar serentak!

Thursday, March 1, 2012

Islamic Concert@Sidma College with special guess,Azhan Atan(juara akademi nasyid 20008)


alkisah..toib..hhehe..assalmuaikum w.b.t buat semua..apa kabar?harap anda sihat2 belaka..alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi kerna masih memberi peluang untuk kita bernafas di muka bumi ini lagi..syukur alhamdulilah :) alhamdulilah masuk sudah bulan march di tahun 2012..begitu pantas masa ini berlalu pergi kan..kali ini aku ingin mengongsikan entri blog ku di hari pertama bulan march 2012..nampaknya kalian semua pasti sudah dapat meneka kan berdasarkan tajuk entri kali ini..hehe..ok la..kisah ini sebenarnya hanya la kebetulan,tidak dirancang sama sekali..mungkin Allah s.w.t menyayangiku,membisikan seruan agama di hatiku..mulanya hari ini bersamaan hari khamis,aku mmg ada kelas,kelas finance jam 8 pagi..ngam2 g aku ndak dapat tido..2 jam jak aku mampu melelapkan mata pagi tadi.sampai jak di campus,tup2 kelas xda,lecture ambik cuti sakit.mula2 mmg rasa sangat2 letih..xcukup tido,jalan kaki lagi..adei..kira2 maw jak trus balik tapi di campus ada aktiviti pla..tengok2 ada aktiviti berunsurkan KeIslaman.tiba2 terdetik di hati ini,"bagus aku pi tengok ini program kan.." lantas aku bawa la kawan2 aku(2org) pi tgk 2 program..rupa2nya program ISLAMIC CONCERT anjuran PERMAI(persatuan mahasiswa/wi islam)..sekali tgk banner,ada tetamu jemputan,AZHAN ATAN(juara akademi nasyid 2008)...ngam2 2 malam yg lepas aku ada ziarah blog kawan aku,pompuan..dia skrg menuntut di Maktab Kent,Tuaran..dalam blog dia ada entri dia sal ada aktiviti agama di maktab dia,tetamunya seorang yg istimewa..walaupun tetamu(AZHAN ATAN) seorang yg mempunyai masalah penglihatan,namun hatinya cekal..ndak aku sangka aku berpeluang melihat AZHAN ATAN secara dekat..nyayian beliau mmg betul2 melastik hatiku..nyayian dakwah,slide mengenai kesengsaraan penduduk Palestin,zikir2 membuatkan ku terasa lapang..merasa sebak melafazkan kalimah2 ALLAH s.w.t sehingga hampir2 airmataku terlerai..perasaan ini bukan aku buat semata2 namun ianya lahir dari lubuk hatiku..walaupun hanya beberapa jam namun,pengisian program 2 betul2 dapat 'MENSERVIS JIWA KU YANG SARAT DENGAN DOSA INI'..


sampai2 jak aku di hostelku,rehat kejap dalam 10minit,aku terus buka laptop,trus cari lagu2 AZHAN ATAN di youtube..alhamdulilah dapat dalam 2 lagu beliau..tersa lapang aku mendengar lagu2 beliau..terus aku mendownload lagu2 berunsurkan nasyid.. :) moga sinar taubat tersuluh terang di dalam jiwaku..amin..

p/s:di sni aku sertakan gambar2 di sekitar program ISLAMIC CONCERT..tp aku ambik pic2 ini dari fb salah seorang staff di campus sal aku xda kamera..hehe..


antara yang hadir tadi :)


Azhan Atan membuat persembahan diiringi pelajar Unitar@Unirazak@Umtech


ni pla pic aku bersama kawan2 aku tadi..(p/s:aku yg kiut 2,haha)

moga kita bertemu di lain entri ^_________^ acai@2012