CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 16, 2012

sedikit cebisan tentang Anwar Ibrahim..

copy&paste dari:http://kelapamawar.blogspot.com



Anwar bermula dalam gerakan mahasiswa semasa di Universiti...Satu-satunya warga Malaysia yang tersenarai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Times pada 2008.Pernah di tahan di bawah ISA selama 3 tahun iaitu dari tahun 1974-1976 kerana terlibat secara langsung dalam demontrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung isu kemiskinan di Baling Kedah yang dibiarkan oleh kerajaan ekoran daripada kawasan tersebut dicap sebagai kawasan persembunyian Komunis. Pernah membantu beberapa orang tokoh PAS dalam kempen pilihanraya.Memilih ABIM menjadi paltform perjuangan sebelum menyertai parti Politik UMNO.

Pembabitan Anwar dalam dunia politik cukup 'menggegarkan' pohon keyakinan orang Melayu,kerana daripada mulanya diramal akan menyertai PAS tetapi memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya.Bertanding di kerusi Permatang Pauh atas tiket UMNO pada tahun 1982 dan menang dengan majoriti besar.Orang melayu bukan sahaja memberikan sokongan tetapi menganggap Anwar adalah pejuang tulen pada zamannya. Kemudian beliau dilantik menjadi timbalan menteri di Pejabat Perdana menteri.Beberapa portfolio penting kementerian pernah menerima sentuhan kepimpinan Anwar, seperti Menteri Belia,Kebudayaan dan sukan(1982),Menteri Pertanian(1984),Menteri pendidikan (1987) setelah memenangi Jawatan Naib Presiden UMNO. Kemudian dilantik Menteri Kewangan (1991) dan Timbalan Perdana Menteri (1993) setelah Tun Ghafar Baba gagal mendapatkan kouta pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan digantikan oleh Anwar yang memperolehi pencalonan terbanyak pada waktu itu.

Politik Anwar mengalami 'gerhana' pada tahun 1997 bilamana Dunia juga mengalami kegerhanaan dalam sektor kewangan. Malaysia tidak terkecuali.Anwar sebagai menteri Kewangan pada waktu itu dilihat gagal membawa negara merentasi krisis kewangan sehingga Tun Mahathir membawa kembali rakan rapat politik beliau Tun Daim Zainuddin dalam kabinet.Krisis politik Anwar mula menampakkan keretakan kerana ia memberi gambaran bahawa Tun Mahathir mula tidak mempercayainya.

Tahun 1998, Anwar dipecat dari Jawatan Timbalan Perdana menteri,kemudian membawa kepada pemecatan dari jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan sekaligus keahliannya dalam parti berkenaan. Politik Melayu merkah,retak, dan bertaburan apabila Anwar ditangkap ala mafia kemudiannya muncul dengan mata lebam dan di dakwa atas beberapa tuduhan rasuah dan liwat.Anwar sekali lagi dicap sebagai pejuang reformasi oleh golongan muda di negara ini,apabila segala dakwaan itu dikaitkan dengan KONSPIRASI untuk menjatuhkan Anwar. Tuduhan Liwat bukan sahaja mengalami beberapa pertuduhan yang mencurigakan dengan beberapa pindaan tuduhan dilakukan, namun akhirnya Mahkamah Persekutuan membeaskan Anwar dari tuduhan Liwat.

Anwar dipenjarakan selama 6 tahun atas 4 kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.Tahun 2004,Anwar dibebaskan oleh Perdana menteri pada waktu itu, Tun Abdulah Ahmad Badawi


Akhirnya apabila Anwar dilihat sebagai ancaman besar kepada UMNO, beberapa insiden konspirasi juga telah diatur. Anwar sekali lagi dituduh atas kesalahan meliwat oleh pembantunya Saiful Bukhari beberapa hari sebelum Pilihanraya kecil Permatang Pauh dijalankan.Pada Julai 2008, Anwar ditahan atas tuduhan tersebut. 6 Ogos 2008,Anwar memenangi pilihanraya Permatang Pauh seterusnya dilantik sebagai Ketua pembangkang di Parlimen. sebagai ketua pembangkang dan mantan Perdana menteri beliau menyatakan betapa perlunya liberalisasi, termasuk soal kehakiman dan media,penentangan kepada rasuah dan salah guna kuasa.

0 comments: