CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 25, 2012

Sabah vs Harimau Malaya..Sabah tunjuk aksi meyakinkan


Malaysia tewaskan Sabah 1-0
24/02/2012 10:51pm

Oleh SITI NOR AZIZAH TALATA
KOTA KINABALU 24 Feb. -Pasukan Malaysia seharusnya berasa malu dengan penampilan kurang bertenaga apabila sekadar mencipta satu gol ketika menewaskan Sabah dalam perlawanan persahabatan di Stadium Likas di sini semalam.
Beraksi dengan corak permainan agak perlahan, pasukan kebangsaan dilihat kurang menyerlah berbanding skuad tuan rumah yang tampak bersungguh-sungguh untuk mencipta jaringan.
Bermula dengan perlahan, pasukan negara mula bangkit pada masa kedua untuk mengimbangi rentak permainan skuad kendalian Justin Ganai itu yang lebih banyak membuat percubaan menerusi gandingan Zainizam Marjan, Michael Baird dan Brendan Gan.
Tertekan dengan asakan Sabah, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal bernasib baik apabila percubaan Amar Rohidan tertampan pertahanan tuan rumah lalu menghasilkan gol tunggal kemenangan pasukan Malaysia.
Jaringan tunggal itu mengecewakan lebih 20,000 penyokong tuan rumah yang memenuhi segenap ruang Stadium Likas.
Tidak dinafikan sebahagian penonton yang hadir mahu menyaksikan kelibat penyerang negara, Safee Sali yang hanya dimasukkan kira-kira lima minit sebelum tamat perlawanan manakala penjaga gol, Khairul Fahmi hanya beraksi pada minit ke-90. - UTUSAN

0 comments: