CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 30, 2012

Jangan perdaya lagi rakyat Sabah..

JANGAN LAGI PERDAYA RAKYAT SABAH
Written by Admin
Friday, 20 January 2012 02:41
http://www.sabahkini.net

Share
Oleh : MEDIA STAR

“AHLI-AHLI politik dan parti-parti politik dari Semenanjung harus menghormati rakyat Sabah sekiranya mereka betul ikhlas membantu Negeri Sabah dan rakyatnya dan janganlah merujuk kepada mereka sebagai 'simpanan tetap'.

"Hanya pengundi dari segi politik semata-mata diperguna demi menawan atau mengekal kuasa di Putrajaya,” demikian antara hujah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ketua STAR Sabah.


Beliau menegaskan bahawa “Rakyat Sabah kini lebih matang dalam kefahaman politik. Kini rakyat menyedari bahawa mereka telah diperdaya, diperguna dan ditipu sepanjang 48 tahun yang lalu sehingga Sabah menjadi Negeri yang termiskin di Malaysia dan kehilangan kuasa politiknya.”


Sudah tentu UMNO/BN berasa gembira kerana kekal berleluasa kuasa di Sabah. Akan tetapi adakah rakyat Sabah gembira.


Fikirkanlah! Adakah kita berasa gembira sebagai Negeri termiskin sambil mengetahui bahawa Negeri Sabah kaya-raya dengan sumber alam semulajadi termasuk minyak dan 95% hasil minyak kita diambil dengan secara tidak adil?


Adakah kita berasa gembira kerana dibanjiri dengan pendatang asing yang diberi MyKad dan berhak mengundi sehingga tidak lama lagi mereka akan mengambilalih hak-hak kita?


Adakah kita berasa gembira menerima hanya 5% daripada hasil sumber minyak kita dan Petronas menerima 95%?


Adakah kita berasa gembira bahawa hasil kita sebanyak RM35 bilion dipungut oleh Kuala Lumpur setahun manakala Negeri kita dengan tungkus-lumus hanya boleh memungut hasil setakat RM3.6 bilion sahaja?


Adakah kita berasa gembira dikuasai dan dijajahi oleh UMNO?


Tambahnya, kini Pakatan Rakyat juga datang memancing undi kita dan meminta rakyat Sabah menepikan parti-parti tempatan kecil dan menyokong mereka secara lansung mencapai agenda tersirat mereka terhadap rakyat dan Negeri Sabah.


Adakah mereka menganggap bahawa rakyat Sabah adalah bodoh dan mahu satu penjajah ditukar dan diganti oleh penjajah baru?


Rakyat Sabah tidak memerlu peringatan tidak diperdaya dan ditipu kali kedua dengan cerita donggeng bahawa hanya parti-parti Semananjung sahaja yang terbaik sanggup mewakili dan mempertahankan Sabah dan rakyatnya.


Rakyat Sabah dan Sarawak mesti mempertahankan dan memegang kerusi-kerusi Parlimennya. Jikalau tidak, bukan sahaja kedua-dua Negeri Borneo akan hilang kuasa bersuara mereka tetapi juga akan hilang kuasa rundingan mereka untuk mempertahankan hak-hak Negeri mereka.


Bersusulan daripada keputusan pilihanraya 2008, adalah nyata dan jelas bahawa Sabah dan Sarawak sudah menjadi kuasa penentu siapa yang memerintah Putrajaya. Seandainya parti-parti tempatan Sabah dan Sarawak telah menukar dan memihak pihak pembangkang, sudah terjadi penukaran Kerajaan Persekutuan.


Pendapat sesetengah pemimpin tempatan parti pembangkang daripada Semenanjung dan pemimpin-pemimpin pembangkang dari Semenanjung bahawa hanya parti besar atau parti yang berpengkalan di Semenanjung sahaja yang terlayak menjadi kuasa penentu adalah salah dan tidak benar.


Satu-satunya contoh yang menyangkal pendapat tersebut adalah peranan yang dipegang oleh parti Liberal Democrats waktu pilihanraya United Kingdom pada tahun 2010. Parti Liberal Democrats memenangi hanya 57 kerusi di Parlimen UK yang mempunyai 650 kerusi tetapi telah menjadi kuasa penentu didalam perikatan yang berjaya menubuhkan Kerajaan pemerintah UK. Kuasa penentu tersebut pun dapat merebutkan perlantikan Timbalan Perdana Menteri UK untuk parti Liberal Democrats.


Sudah nyata bahawa parti-parti Semenanjung memerlukan kerusi-kerusi dan sokongan rakyat Sabah. Sokongan yang dipohon harus hanya diberikan dengan syarat-syarat yang memihakkan Sabah dan rakyatnya dan bukan berdasarkan syarat mereka atau agenda mereka.


Parti-parti Semenanjung boleh dan telah berjanji terang bulan dan bintang untuk meraihkan sokongan Sabah. Akhirnya, janji-janji mereka hanya janji kosong dan hanya parti tempatan yang berazam kuat sahaja yang dapat mempertahankan hak-hak kita.


Parti-parti komponen BN tempatan sekarang hanya sekadar pak turut ditarik cucuk hidung dan dipaksa membisu, pekak dan buat bodoh sehingga tidak boleh menyuarakan hak-hak Sabah dan rakyatnya. Mereka harus mengikut jejak parti Liberal Democrats di UK dan membelajari kemahiran mereka menggunakan kuasa penentu mereka.


Masa sudah tiba untuk rakyat Sabah bersatu berganding bahu dan bertindak mengambilalih tanggungjawab demi mempertahankan hak-hak kita.


Kita tidak boleh bergantung kepada orang luar atau wilayah lain untuk memimpin kita sebab mereka ada agenda mereka sendiri. Agenda, kepentingan dan prioriti mereka bukanlah sama dengan kita punya.


Mereka hanya berniat mempergunakan kita, rakyat Sabah, demi menjayakan perjuangan Semenanjung mereka menawan atau mempertahan Putrajaya.


Kita mesti menentukan nasib kita sendiri. Jangan biar orang lain menentukannya untuk kita. Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi? INI KALI LAH! Jangan melihat rendah terhadap parti-parti tempatan.

0 comments: