CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 26, 2012

secebis nukilan

bila hati ini berkata-kata..


biar nukilan menjadi sandaran...



hanya mampu bermimpi dikala sepi...




ruang rindu sekadar menyisih di balik fajar beradu..




p/s:ayat sendri yg tiba2 terlintas di pikiran..

Saturday, January 21, 2012

Tun Datuk Mustapha..pejuang Sabah

Lirik Perpisahan ini-Aizat&1st edition

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Friday, January 13, 2012

pahlawan Padas Damit(abdnaddin.blogspot.com)


copy&paste:http://abdnaddin.blogspot.com


MENJEJAKI PAHLAWAN WANITA DI PADAS DAMIT
Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

SAYA membayangkan seorang perempuan sedang menunggu kami. Perempuan yang sebahagian kisah hidupnya masih misteri.Masih banyak rahsia yang tersimpan dan sejarah yang tersembunyi itu, mungkin dapat dirungkai sepanjang perjalanan kami ke Padas Damit.
Perempuan itu, Dang Insum namanya.Dialah wanita perkasa yang gigih berjuang dan melawan penindasan atau apa saja yang bernama ketidakadilan.Kedatangan kami pada hari itu, sebenarnya hanya untuk melihat kampung halamannya tempatnya berkubu dari serangan lawan.
Dang Insum, pahlawan yang dilupakan.Namun begitu, wanita yang dikagumi ini merupakan salah seorang pejuang yang mempertahankan Kota Makarang dari serangan pihak kompeni kira-kira 120 tahun yang lalu.

Ketika itu, Padas Damit dibawah kuasa Pengiran Shahbandar Hassan yang menjadi wakil adinda Sultan Brunei yang memiliki Hak Tulin terhadap wilayah Damit.Beliau merupakan kuasa tunggal di Sungai Padas sebelum bertapaknya British North Borneo Chartered Company di wilayah itu.
Kawasan-kawasan ini termasuk sepanjang tebing Sungai padas hingga ke Kampung Bengkalakak dan Ke timur Jimpangah yang dikira sebagai jajahan takluknya.
Sejarah mencatatkan bahawa Pengiran Shahbandar Hassan dilantik oleh Puteri Sultan Jamilul Alam yang telah diberi Hak Tulin ke atas Wilayah Padas Damit.
Apabila North Borneo Chartered Company tiba di kawasan itu, mereka enggan mengiktiraf kuasa Pangiran Shabbandar Hassan. Lebih daripada itu, mereka menghasut orang-orang tempatan untuk agar menentang Pangeran dengan mengatakan bahawa jika mereka menjadi rakyat Pangeran Shahbandar, orang-orang tempatan itu akan dijadikan hamba abdi.
Pihak kompeni yang memiliki seribu helah juga mengenakan cukai kepala dan cukai tanah kepada orang tempatan. Peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan itu sudah tentu amat menyusahkan rakyat di wilayah Padas Damit itu.
Perkara itu tidak menggembirakan Pengiran Shahbandar.Beliau telah mengadakan mesyuarat dengan rakyatnya mengenai pencerobohan kompeni yang memiliki niat jahat untuk menjajah. Pangeran Shahbandar Hassan yang disokong oleh pengikutnya setianya terdiri dari suku Bisaya mengambil keputusan untuk mengisytiharkan perang dengan kompeni.
Mereka mula bertindak dengan menyerang penduduk yang belot dan menyatakan setia kepada Kompeni.Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan membimbangkan pihak kompeni. Di pihak lain, Kompeni telah membuat bantahan kepada Sultan Brunei berhubung kekacauan yang dilakukan oleh Pengiran Shahbandar itu dan mereka mendakwa Kawasan Semenanjung Klias telah dipajakkan kepada Kompeni pada tahun 1884.
Pengiran Shahbandar mengakui bahawa memang terdapat perjanjian pemajakan pada tahun 1884 tetapi perjanjian pemajakan sebanyak tiga ribu ringgit setahun itu tidak termasuk wilayah Sungai Padas yang telah dijadikan Hak Tulin adik perempuan Sultan.
Beliau selanjutnya mengisytiharkan bahawa penduduk di sebelah timur Sungai Padas adalah rakyat dibawah kekuasannya. Tindakan ini mendatangkan kemarahan kompeni kerana mereka menganggap bahawa penduduk di kedua-dua tebing sungai itu adalah dibawah kuasa kompeni.
Lanjutan daripada itu, maka berlakulah perselisihan. Kemudian C.V.Creagh, yang menjadi gabenor Labuan ketika itu telah mengarahkan polis kompeni menyerang kubu Manggalela yang dibina Pangeran Shahbandar Hassan.Bagaimanapun kompeni gagal dalam serangan itu dan tidak dapat menembusi Kota Manggalela. Sekali lagi, kompeni menghantar pasukan polisnya dengan kekuatan 200 orang untuk membantu D.Daly dan kapten R.D.Beeston dalam serangan bulan Januari 1889 ke Sungai Padas.
Apabila terkena bedilan meriam yang bertubi-tubi, kubu yang dibina dengan semangat mempertahankan tanahair itupun roboh.Ramai yang menjadi korban tetapi Pengiran Shahbandar Hassan enggan mengaku kalah. Sebelum itu, beliau telah membina empat buat kota di sepanjang tebing sungai Padas.
Salah satu kubu yang dibina itu ialah Kota Makarang, yang diketuai seorang wanita bernama Dang Insum. Setelah berperang kira-kira empat bulan, Gabenor Creagh diganti A.S Hamilton yang tidak begitu sukakan sengketa itu berlarutan dan meminta satu perundingan. Perdamaian hanya dicapai pada 10 Mac 1889.
Tetapi yang menimbulkan persoalan ialah siapa Dang Insum itu. Itulah tujuan kedatangan kami ke kota Makarang pada hari itu.
"Tempat ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Ia boleh menjadi destinasi pelancongan yang menarik," kata Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Mohd.Shaid Haji Othman.
"Dang Insum merupakan pahlawan Bisaya yang berjuang mempertahankan tanahairnya," kata beliau lagi dalam perjalanan kami ke Padas Damit untuk menjejaki pahlawan wanita Bisaya itu. Turut menyimpan minat yang mendalam mengenai Dang Insum ialah Mohd.Johawalia Jamsin, antara orang pertama yang mendedahkan mengenai kepahlawanan Dang Insum.
Sebelum itu, kami sempat bertemu dengan Omar Gara,yang kini berusia 103 tahun dan bercerita mengenai Dang Insum.Bagaimanapun, orang tua yang lahir pada 14 Julai 1906 memberitahu kekalahan Dang Insum dan orang-orangnya adalah disebabkan oleh pembelotan orang dalam.
"Menurut cerita, terdapat seekor ayam putih yang menyimpan tuah. Bila melihat musuh datang, ayam putih itu akan berkokok sebagai isyarat agar orang-orang kampung berjaga-jaga.
"Namun selepas ayam itu dibunuh, maka Kota Makarang akhirnya dapat ditawan," kata Omar lagi. Katanya, Kota Makarang jatuh kerana ada orang membelot. "Apabila ayam putih itu mati, kedatangan musuh tidak dapat dikesan lagi menyebabkan Kota Makarang dikalahkan musuh".
Menurut Omar lagi, Dang Insum mempunyai kaitan dengan atuknya Laksamana Idris. "Nama saya Omar.Omar bin Gara.Gara bin Laksamana Deris (Idris)," katanya. Omar berkata, selain Kota Makarang, kota-kota lain ialah Kota Balai, Kotaraja Besar, Kota Mapiau dan Kota Makarang.
Katanya, "Haji Ukin, bapa Datuk Lajim dengan Datuk Dun, bapa Dato' Azizah sepupu, kerana nenek dia orang adik beradik.Begitu juga dengan keluarga Datuk Rashid Gador, mereka mempunyai kaitan," katanya. Semua semua keturunan Dang Insum.
Penjelasan itu tidak dapat merungkai pertanyaan saya mengenai Dang Insum. Puan Asmah Banir,73 yang kami temui dirumahnya mengakui bahawa mereka masih mempunyai kaitan. Neneknya yang bernama Marasa merupakan anak Dang Insum.
Sebenarnya banyak lagi yang perlu diselidiki. Kjaian mendalam perlu dibuat untuk memperjelaskan kepada umum mengenai pahlawan Wanita Bisaya bernama Dang Insum ini.
Barang tinggalan Dang Insum seperti pedang, gelang dan sebagainya masih disimpan Haji Said.Khabarnya, kewujudan Dang Insum itu turut menarik perhatian krew RTM untuk membuat penggambaran untuk mendokumentasikan sejarah itu
Sesampainya kami ke Kota Makarang, tugu yang dibina bagi memperingatinya terletak di dalam Kebun Kelapa Sawit. Kami sempat meninjau mengenai bentuk kota yang menangkis serangan itu. Sungai yang dulunya lebar dan luas, kini ditumbuhi rumput.Kawasan itu seperti terbiar tetapi nilai sejarah yang dimilikinya amatlah tinggi.
Mujurlah kami sampai di sana ketika hari belum hujan."Kalau hujan, tanah lembab dan rumputnya basah serta sukar dilalui," kata Mohd.Shaid. Kawasan ini perlu dipulihara kerana selain menyimpan sejarah tersendiri ia juga mampu menarik pelancong untuk melawat tapak bersejarah itu.
Kami sempat untuk menyusuri denai yang mungkin dulunya digunakan Dang Insum dan pengikutnya.Tanah di kawasan itu sesuai untuk membina kubu. Kegigihan wanita itu melawan penjajahan bersama Pengiran Shahbandar Hassan mungkin ditelusuri lagi dengan lebih mendalam. Banyak tempat bersejarah di negeri ini yang perlukan perhatian daripada pihak kerajaan, dan kota Makarang salah satu tempat yang boleh dijadikan bersejarah.

Thursday, January 12, 2012

sejarah ringkas Pekan Beaufort




Secara Umum

Beaufort merupakan nama peninggalan seorang gabenor Inggeris di waktu penjajahan dahulu yang bernama Sir L.P.Beaufort. Menurut sumber yang dipercayai, keluarga Sir L.P. Beaufort merupakan sebuah keluarga DiRaja England yang terhasil melalui perkahwinan campur diantara England dengan Italy. Daripada segi bahasanya, 'Beau' dalam perkataan Italy bermakna 'Pahlawan yang Kacak', manakala 'Fort' bermakna kubu pertahanan yang kuat dan gagah. Nama Beaufort kekal hingga ke hari ini dengan wujudnya sebuah daerah dan pekan sejak awal abad ke 19 lagi.

Beaufort adalah sebuah daerah yang terletak di selatan bandar Kota Kinablu kira-kira 96 kilometer dari ibu negeri Sabah ini dengan perjalanan kenderaan melalui sebatang lebuh raya. Ia diapit oleh daerah-daerah berdekatan, iaitu daerah Sipitang di Teluk Brunei iaitu bahagian selatan, Kuala Penyu di Teluk Kimanis di bahagian tenggara dan daerah Tenom di bahagian barat laut iaitu di antara Banjaran Croker.

Berdasarkan kedudukan geografi, Beaufort terletak diantara Lembah Padas dan sebatang sungai yang keempat terpanjang di negeri ini iaitu Sungai Padas.

Sebagai sebuah pekan dan daerah yang unik dengan deretan kedai-kedai kayu yang terbina sebelum zaman penjajahan British, ia merupakan tinggalan sejarah yang amat bernilai. Sungai Padas biasanya akan melimpah apabila berlaku kenaikan paras air sungai yang mendakak. Ini disebabkan oleh empangan Tenom, Pangi yang terpaksa membuka empangannya dengan seluas-luasnya kerana dikhuatiri empangan akan pecah. Selain itu juga faktor kedudukan sungai yang berliku-liku dan tidak dalam juga menyumbang kepada banjir. Tapi sehingga sekarang keadaan banjir di Beaufort amat jarang berlaku. Jolokan yang pernah diberi untuk pekan Beaufort dalam bahasa Inggerisnya ialah 'The Small Venice of the East'." - dipetik dari: Nama B'Fort peninggalan penjajah. Borneo Mail, 1 Januari 1990, ms 6.

Keluasan Daerah Beaufort: 1,735km persegi.Beaufort dapat dihubungi dengan kenderaan menerusi lebuhraya dari Kota Kinabalu, perjalanannya adalah lebih kurang satu jam bergantung kepada jenis kenderaan.


Keluasan / Topografi Daerah

Daerah Beaufort mempunyai keluasan 1,735km persegi atau 173,600 hektar dan mengandungi Daerah Kecil Membakut yang mempunyai keluasan 388km persegi.

Daerah ini meliputi kira-kira 48.7% ataupun 846km persegi kawasan tinggi pada paras 15.2km atau 1,000° - 2,500° dan kawasan rendah kira-kira 51.5% atau 889km persegi.

Ciri-ciri semulajadi yang menjadi kebanggaan bagi daerah ini adalah sebatang sungai yang melintasi daerah ini yang dekenali sebagai Sungai Padas yang mengalir terus ke kawasan perairan Teluk Brunei.Daerah ini juga mempunyai catatan hujan yang paling tinggi pada tiap-tiap tahun jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Negeri Sabah.

- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998
- Pencetak Kerajaan. 1998 ms19

Wednesday, January 11, 2012

Terowong Jepun Di Kunak, Sabah (copy dari myamazingsabah.blogspot.com)

D/A: http://myamazingsabah.blogspot.com



(Fakta) Terowong Jepun Di Kunak, Sabah




Daerah Kunak, Sabah mempunyai banyak kawasan berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan. Malahan terdapat kesan-kesan peninggalan tentera Jepun iaitu sebuah terowong lama menghala ke laut yang berpotensi untuk menarik pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke sini.

"Di mana terletak Kunak?" Demikianlah pertanyaan yang kerap diajukan kepada Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto, setiap kali dia menyebut nama daerah itu kepada orang luar.

Melalui pengalaman itu, beliau menyimpulkan bahawa masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan meskipun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Orang luar, lebih-lebih lagi pelancong mengenali Semporna kerana pulau-pulau peranginannya, Sandakan dengan Orang Utannya, Lahad Datu melalui Lembah Danum dan Hutan Simpan Tabin manakala Tawau kerana makanan lautnya.

Mungkin Kunak kurang dikenali kerana ia belum dikaitkan dengan sebarang tarikan meskipun daerah yang terletak antara Semporna dan Lahad Datu ini sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri.

Malah masih ramai menyangka Gua Madai yang terkenal dengan pengeluaran sarang burung serta memiliki nilai sejarah purba terletak dalam daerah Lahad Datu sedangkan ia sebenarnya berada dalam kawasan Kunak.

TEROWONG JEPUN
Keindahan Alam Daerah Kunak


Oleh kerana Kunak tidak menonjol, pentadbir daerah ini menganjurkan aktiviti bagi memperkenalkan apa yang ada di Kunak kepada masyarakat luar iaitu Karnival Kunak 2010 pada 17 dan 18 April, anjuran bersama Pemadam dan Jabatan Penerangan.

"Kita di daerah ini telah memikirkan tentang apa potensi sektor ekonomi, sosio-budaya dan pelancongan yang terdapat di Kunak yang boleh ditonjolkan. Kita dapati potensi itu memang ada.

"Salah satu daya tarikan tersendiri yang terdapat di Kunak dan belum dikenali masyarakat tempatan sendiri ialah kewujudan terowong Jepun yang dibina pada zaman Perang Dunia Kedua," katanya kepada Bernama di sini.

Susilo berkata terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby, kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

LORI 10 TAYAR BOLEH LALU

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Banyak perkara berkaitan terowong Jepun ini yang bergaris pusat empat meter masih menjadi misteri termasuk di mana terowong berkenaan bermula dan di mana pula ia berakhir.

Sehingga hari ini tiada sebarang rekod mengenai terowong ini.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi.

Mengikut orang-orang tua di kawasan berkenaan, beberapa pihak telah cuba masuk dan meneroka terowong ini untuk membongkar rahsianya namun semuanya gagal kerana kekurangan udara dalam terowong ini.

"Anehnya setiap tahun, ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Jadi bagi kita, terowong Jepun ini boleh dijadikan produk pelancongan sejarah," kata Susilo.

TEROWONG DITONJOLKAN

Walaupun tapak terowong Jepun berkenaan belum dibangunkan namun perkara itu telah dikemukakan ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah untuk diberi perhatian supaya potensinya dapat ditonjolkan.

Menurut Susilo, memandangkan kawasan berkenaan terletak dalam kawasan tanah persendirian, pendekatan membangunkannya, jika dipersetujui semua pihak ialah secara usahasama dengan pemilik tanah manakala hasilnya boleh dibahagi antara syarikat dan kerajaan.

"Gambar-gambar berkaitan terowong Jepun ini kita akan pamerkan sempena Karnival Kunak 2010 ini," katanya.

Susilo berkata selain terowong Jepun, bakal dipamerkan ialah gambar berkaitan tapak pengeluaran pinggan mangkuk purba yang terletak di sebuah ladang di Tingkayu. Tapak ini yang wujud 25,000 tahun lepas dipercayai menghasilkan peralatan dapur seperti periuk dan pinggan dan dianggap tercanggih pada zaman itu.

Potensi Gua Madai sebagai produk pelancongan inap desa seperti yang pernah dicadangkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun juga akan ditonjolkan pada karnival berkenaan.

PELBAGAI TARIKAN

Katanya Gua Madai bukan sahaja dianggap antara pengeluar sarang burung utama di Sabah tetapi juga mempunyai nilai sejarah purba kerana dikatakan penempatan awal manusia pernah wujud di kawasan ini.

Kunak juga kata Susilo memiliki produk pelancongan berasaskan alam sekitar seperti Air Terjun Madai setinggi 40 meter di kawasan Hutan Simpan Madai Baturong, kira-kira 15 kilometer dari pekan.

Keunikan kolam lumpur lava gunung api yang terletak di Ladang Binuang, bergaris pusat lima meter, yang didapati semakin membesar juga dianggap sebagai tarikan untuk pengunjung.

Lumpur lava ini yang kaya dengan mineral dipercayai ada kegunaan dalam merawat badan dan pengunjung boleh mendengar bunyi gelembung setiap kali gelembung lumpur berwarna kelabu melonjak ke permukaan.

Tidak ketinggalan untuk disaksikan pengunjung ialah tasik semulajadi yang dinamakan Tasik Impian serta kawasan tanaman kelapa sawit tertua di Borneo seluas dua hektar. Ia ditanam pada tahun 1957.

Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar.

Monday, January 9, 2012

pemimpin yang sederhana..Tok Guru Nik Aziz...


ciri-ciri pemimpin yg patut dicontohi..sederhana dan sempoi..